Tuesday, 13 September 2016

Sabar.

UNTUKMU ABANG

Hari ini kau diuji bermacam perkara
Kau hilang dia dan dia 
Kau hilang cinta pada dia
Dia jugak rampas dia daripada kau
Kau tidak diberi utk melihatnya

Abang..
Sabarlah ini ujian buatmu
Andai hari ini kau diuji berat sebegini
Pasti suatu hari kau dapat kembali hakmu
Hakmu yg sebenarnya.

Kau menangis rindukan dia
Dia yg kau dah lama tak jumpa
Kau tidur dengan baju dia
Kau cium Kau peluk
Aduh sayunya hati tengok kau abang

Bila kau mula update di fb merindukan dia
Sayu hati ini sebak melihatnya
Andai aku sedih aku tahu kau lagi sedih
Sabarlah..

Moga kebenaran akan terbukti nanti
Jika hari ini kau dipijak abang
Aku pasti suatu hari nanti kau bangkit
Bangkit dgn semangat dan azam barumu.

Percayalah akan kebesaran Allah
Yg benar itu akan terbukti juga
Moga abang tabah 
Walau bukan sekarang
Ya pasti suatu hari nanti
Sabar yaaaaaa :)

Saturday, 10 September 2016

Gagal?

Gagal itu bila kau tak berjaya dapat apa yg terbaik utk diri kau atau utk orang lain
Kau dah cuba bukan tak cuba
Tapi gagal? 

Ya kejayaan tak datang bergolek kalau sendiri tidak kejar
Usaha punya usaha kau masih gagal
Kemudian kau persoal kenapa masih gagal juga.

Bila jatuh, bangun!
Mana mungkin mahu biarkan semuanya hancur begitu
Bangun jangan rebah.

Kau sedar perjalanan masih jauh beribu batu
Kau bangkit. Teruskan usaha utk capai kejayaan kau
Kali ini kau berjaya! 
Berjaya capai impian kau yg satu itu.

Jatuh bangun gagal itulah sebenarnya pemangkin semangat kau
Jika hari ini kau gagal
Masih ada hari esok utk kau kejar impian kau.

Hapuskan sikap mudah mengalah dalam diri
Jangan pernah hadir dalam kamus hidup kau.
Teruskan. Dunia ini mencabar.
Bangkit jangan menyerah! 

Saturday, 3 September 2016

Perjuangan.

Perjuangan masih belum lagi terhenti. 
Apa aku akan datang itu lah aku. 
Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku.
Usah pertikai kenapa aku tidak bertindak sepertimana yg dipersoalkan kau.
Hidup aku keputusan aku.

Jangan hina jangan cerca kalau kau tidak tahu apa apa.
Bukan aku minta kau 'mengerti' kenapa aku begini.
Teruskan kau dengan jalan hidup kau.
Aku tidak endah apa katamu, kata mereka.

Setiap orang berlainan cara.
Moga moga kita berjaya walau berlainan cara.
Berjaya daripada pelbagai sudut. Dunia & Akhirat.
Biar kejayaan itu lahir dengan kesucian bukan kehinaan.
Teruskan perjuangan. Teruskanlah!
Moga moga kejayaan itu milik kita. 
Ya pasti, suatu hari!