Saturday, 10 September 2016

Gagal?

Gagal itu bila kau tak berjaya dapat apa yg terbaik utk diri kau atau utk orang lain
Kau dah cuba bukan tak cuba
Tapi gagal? 

Ya kejayaan tak datang bergolek kalau sendiri tidak kejar
Usaha punya usaha kau masih gagal
Kemudian kau persoal kenapa masih gagal juga.

Bila jatuh, bangun!
Mana mungkin mahu biarkan semuanya hancur begitu
Bangun jangan rebah.

Kau sedar perjalanan masih jauh beribu batu
Kau bangkit. Teruskan usaha utk capai kejayaan kau
Kali ini kau berjaya! 
Berjaya capai impian kau yg satu itu.

Jatuh bangun gagal itulah sebenarnya pemangkin semangat kau
Jika hari ini kau gagal
Masih ada hari esok utk kau kejar impian kau.

Hapuskan sikap mudah mengalah dalam diri
Jangan pernah hadir dalam kamus hidup kau.
Teruskan. Dunia ini mencabar.
Bangkit jangan menyerah! 

No comments:

Post a Comment